MySpace Graphics

Monday 3 October 2011

PENGARUH SENI BINA MASJID

MASJID BERBENTUK TUMPANG

1) Masjid Berbentuk Tumpang: Rekabentuk Masjid Tradisional di Malaysia.


- Seni bina ini dipengaruhi daripada unsur-unsur seni bina India dan China serta seni bina tempatan.
- Kriterianya ialah bentuk bumbung yang berlapis dengan susunan dua, tiga, empat ataulima buah bumbung.
- Dikenali sebagai masjid bumbung berlapis atau som(rabung) pecah empat atau masjidbumbung bertingkat.
- Keistimewaan masjid ini ialah di antara setiap lapisan bumbung terdapat ruangpengudaraan untuk mengalirkan keluar udara yang panas dan diganti dengan udaa baru.
- Masjid Melayu-Nusantara yang terawal sekali ialah Masjid Agung Demak terletak di Jawa Tengah, Indonesia.


MASJID BERKUBAH
2) Rekabentuk Masjid Berkubah:

i) Pengaruh dari Asia Barat dan India

- Masjid pertama yang memakai kubah potong bawang di Nusantara ini ialah Masjid Sultan di Singapura yang dibina pada tahun 1828.
- Di Malaysia, Pegawai Kolonial British adalah orang yang memperkenalkan rekabentuk ini dalam seni bina bangunan.
- Para pekerja pula dibawa dari India yang arif dan mahir.
- Elemen paling menonjol pula ialah kubah bentuk bawang (sama bentuk dengan bawang yang dipotong di bahagian pangkalnya.
- Seni bina Moghul dan Moorish ini wujud di zaman Empayar Sarasenik.
- Seni bina ini juga ada persaman dengan di Masjid Jamek Delhi di India


ii) Pengaruh Barat (kolonial)

- Banyak terdapat di Johor.
- Perbezaan utama ialah eleman kubah tidak dijadikan elemen yang dominan.
- Dewan sembahyang utama ditutupi dengan bumbung limas dan dilindungi dinding parapet dan bukannya kubah utama.
- Dibina pada tahun 1892 dan terletak berhampiran istana di atas bukit
dan mengadap Selat Tebrau dan Singapura.
- Satu-satunya masjid negeri gaya Klasikal British dan pelan serta
tapaknya lebih mirip kepada gereja.

MASJID MODEN

3) Rekabentuk Masjid Zaman Ini

• Kebanyakannya diolah dari reka bentuk dan seni bina moden dengan menggunakan
teknologi moden.
• Telah wujud pelbagai gaya seni bina masjid iaitu masjid yang dibina sebagai Rumah
Tuhan dan Rumah Ibadat sahaja.
• Masjid juga dsediakan dengan berbagai prasarana memenuhi kehendak masyarakat kini.





No comments:

Post a Comment