MySpace Graphics

Monday 3 October 2011

MASJID ALWI,KANGAR,PERLIS

PETA KEDUDUKAN MASJID ALWI,KANGAR,PERLIS.



PANDANGAN HADAPAN MASJID ALWI


Salah satu bangunan yang tertua di Bandar Kangar ialah Masjid Alwi yang telah dibina pada tahun 1931.

BATU SEJARAH MASJID ALWI YANG DITULIS DALAM 4 BAHASA

Sejarah masjid ini telah dicatat di atas sebuah batu peringatan di hadapan masjid tersebut. Sejarah masjid tersebut telah ditulis dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Menurut catatan masjid tersebut, Masjid Alwi, Kangar telah dibina pada tahun 1931 dengan perbelanjaan sebanyak RM 64, 684. 00. Dana bagi perbelanjaan ini diperoleh melalui kutipan wang Zakat dan Fitrah, derma dari pegawai-pegawai kerajaan yang beragama Islam dan saudagar-saudagar Islam serta peruntukkan dari Kerajaan Negeri Perlis.Usaha-usaha mengumpulkan dana bagi membangunkan sebuah masjid di Kangar telah dijalankan semenjak tahun 1920an lagi, dan pembinaanya telah dimulakan semenjak perkhidmatan Mr. M. C Hay dahulu. Namun semasa perkhidmatan Mr. O. E Venables barulah masjid tersebut siap dibina iaitu pada Febuari 1933. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Negeri Perlis, Raja Alwi Ibni Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalilail pada 14 Syawal 1351 Hijrah (10 Febuari 1933). Masjid yang begitu indah ini telah dinamakan sebagai “Masjid Alwi” iaitu sempena nama Raja Perlis ketika itu iaitu Raja Syed Alwi.

No comments:

Post a Comment