MySpace Graphics

Wednesday 5 October 2011

MASJID SIRAJUDIN,KANGAR,PERLIS


Masjid Sirajuddin dikenal pasti dipengaruhi seni bina dari asia barat dan india tetapi telah diselitkan elemen-elemen moden.Masjid ini merupakan antara masjid tercantik di Perlis kerana mempunyai lanskap yang cantik dan menarik. 



RUANGAN SOLAT 

LALUAN UTAMA MASJID


MENARA MASJID


LALUAN TEPI MASJID


KUBAH MASJID


PINTU UTAMA



REKA BENTUK MASJID ALWI,KANGAR,PERLIS


Kebanyakkan masjid di malaysia dipengaruhi oleh seni bina dari asia barat dan india termasuklah reka bentuk Masjid Alwi.

Elemen paling menonjol pula ialah kubah bentuk bawang (sama bentuk dengan bawang yang dipotong di bahagian pangkalnya)

Seni bina ini juga ada persaman dengan di Masjid Jamek Delhi di India.



MASJID ALWI



KUBAH BENTUK BAWANG



PANDANGAN PINTU DARI DALAM



MENARA MASJID

Monday 3 October 2011

MASJID ALWI,KANGAR,PERLIS

PETA KEDUDUKAN MASJID ALWI,KANGAR,PERLIS.



PANDANGAN HADAPAN MASJID ALWI


Salah satu bangunan yang tertua di Bandar Kangar ialah Masjid Alwi yang telah dibina pada tahun 1931.

BATU SEJARAH MASJID ALWI YANG DITULIS DALAM 4 BAHASA

Sejarah masjid ini telah dicatat di atas sebuah batu peringatan di hadapan masjid tersebut. Sejarah masjid tersebut telah ditulis dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Menurut catatan masjid tersebut, Masjid Alwi, Kangar telah dibina pada tahun 1931 dengan perbelanjaan sebanyak RM 64, 684. 00. Dana bagi perbelanjaan ini diperoleh melalui kutipan wang Zakat dan Fitrah, derma dari pegawai-pegawai kerajaan yang beragama Islam dan saudagar-saudagar Islam serta peruntukkan dari Kerajaan Negeri Perlis.Usaha-usaha mengumpulkan dana bagi membangunkan sebuah masjid di Kangar telah dijalankan semenjak tahun 1920an lagi, dan pembinaanya telah dimulakan semenjak perkhidmatan Mr. M. C Hay dahulu. Namun semasa perkhidmatan Mr. O. E Venables barulah masjid tersebut siap dibina iaitu pada Febuari 1933. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Negeri Perlis, Raja Alwi Ibni Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalilail pada 14 Syawal 1351 Hijrah (10 Febuari 1933). Masjid yang begitu indah ini telah dinamakan sebagai “Masjid Alwi” iaitu sempena nama Raja Perlis ketika itu iaitu Raja Syed Alwi.

PENGARUH SENI BINA MASJID

MASJID BERBENTUK TUMPANG

1) Masjid Berbentuk Tumpang: Rekabentuk Masjid Tradisional di Malaysia.


- Seni bina ini dipengaruhi daripada unsur-unsur seni bina India dan China serta seni bina tempatan.
- Kriterianya ialah bentuk bumbung yang berlapis dengan susunan dua, tiga, empat ataulima buah bumbung.
- Dikenali sebagai masjid bumbung berlapis atau som(rabung) pecah empat atau masjidbumbung bertingkat.
- Keistimewaan masjid ini ialah di antara setiap lapisan bumbung terdapat ruangpengudaraan untuk mengalirkan keluar udara yang panas dan diganti dengan udaa baru.
- Masjid Melayu-Nusantara yang terawal sekali ialah Masjid Agung Demak terletak di Jawa Tengah, Indonesia.


MASJID BERKUBAH
2) Rekabentuk Masjid Berkubah:

i) Pengaruh dari Asia Barat dan India

- Masjid pertama yang memakai kubah potong bawang di Nusantara ini ialah Masjid Sultan di Singapura yang dibina pada tahun 1828.
- Di Malaysia, Pegawai Kolonial British adalah orang yang memperkenalkan rekabentuk ini dalam seni bina bangunan.
- Para pekerja pula dibawa dari India yang arif dan mahir.
- Elemen paling menonjol pula ialah kubah bentuk bawang (sama bentuk dengan bawang yang dipotong di bahagian pangkalnya.
- Seni bina Moghul dan Moorish ini wujud di zaman Empayar Sarasenik.
- Seni bina ini juga ada persaman dengan di Masjid Jamek Delhi di India


ii) Pengaruh Barat (kolonial)

- Banyak terdapat di Johor.
- Perbezaan utama ialah eleman kubah tidak dijadikan elemen yang dominan.
- Dewan sembahyang utama ditutupi dengan bumbung limas dan dilindungi dinding parapet dan bukannya kubah utama.
- Dibina pada tahun 1892 dan terletak berhampiran istana di atas bukit
dan mengadap Selat Tebrau dan Singapura.
- Satu-satunya masjid negeri gaya Klasikal British dan pelan serta
tapaknya lebih mirip kepada gereja.

MASJID MODEN

3) Rekabentuk Masjid Zaman Ini

• Kebanyakannya diolah dari reka bentuk dan seni bina moden dengan menggunakan
teknologi moden.
• Telah wujud pelbagai gaya seni bina masjid iaitu masjid yang dibina sebagai Rumah
Tuhan dan Rumah Ibadat sahaja.
• Masjid juga dsediakan dengan berbagai prasarana memenuhi kehendak masyarakat kini.