MASJID ALWI,KANGAR,PERLIS. |
Menara-menara, serta kubah masjid yang besar, seakan menjadi saksi betapa jayanya islam pada abad kurun pertengahan. Mulai dari Perang Salib sampai Perang Teluk. Selama lebih dari 1000 tahun pula, arkitektur Masjid perlahan-lahan mulai menyesuaikan bangunan masjid dengan arkitektur moden. Islam pada kurun abad pertengahan. Masjid telah melalui serangkaian tahun-tahun terpanjang di sejarah hingga sekarang.
MASJID PERTAMA
Ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Nabawi, yang berarti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perencanaan kota, menentukan strategi militer, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di area sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin. Saat ini, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga masjid
tersuci di dunia.
SEJARAH MASJID DI MALAYSIA
Sejarah Awal Kedatangan Islam di Malaysia
• Bertapak di Kelantan terlebih dahulu daripada Melaka
• Dibawa dari China melalui negeri Melayu Champa di Indo-China.
• Penemuan arkeologi Batu Bersurat yang dijumpai di Pan Rhang (ibu negeri Champa),
bertarikh 1035 M yang ditulis dalam bahasa Arab.
• “Mas Dinar” bertulisan Arab ditemui di Kelantan bertarikh 1190 M.
• Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1389 M.
• Islam tiba lebih awal di Kelantan dan Terengganu berbanding Melaka kerana Islam
diterima pada zaman Sultan Muzaffar Shah (antara tahun 1446 hingga 1459 Masihi).
•Masjid Merupakan satu bangunan di mana umat Islam berkumpul.
3 kategori Masjid :
I. Masjid sebagai Rumah Allah
II. Masjid sebagai Rumah Ibadat
III. Masjid sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat
Masjid-masjid di Malaysia - Kategori rekabentuk design masjid di Malaysia kepada dua jenis:
I. Masjid yang bercirikan arkitektur tradisional
- Mempunyai bumbung berbentuk piramid yang berlapis.
II. Masjid yang bercirikan arkitektur luar seperti seni bina Timur Tengah, India Muslim dan Afrika Utara.
- Mempunyai kubah
Faktor-faktor yang mempengaruhi seni bina Islam di Malaysia tebahagi kepada 3
kategori:
I. Zaman selepas tiba agama Islam di Malaysia (1300-an-1511)
II. Zaman semasa penjajahan (1511-1957)
III. Zaman selepas merdeka (1957-199)